LEGENDA Bola Sepak Argentina, Diego Maradona telah berjaya menjalani pembedahan otak kata doktor, Leopoldo Luque.
Maradona dimasukkan ke klinik Ipensa di Buenos Aires pada Isnin lalu kerana anemia dan dehidrasi.
Luque merupakan doktor peribadi Maradona, berkata dia telah menangani pembedahan tersebut dengan baik.
“Maradona sekarang akan terus diperhatikan, semuanya terkawal,” katanya.
Pemenang Piala Dunia 1986 berusia 60 tahun itu dipindahkan ke Klinik Olivos di La Plata pada jam 8 malam waktu tempatan (11 malam GMT) oleh Dr Luque, yang merupakan pakar bedah saraf.
Memetik laporan Reuters, prosedur mengambil masa kira-kira 80 minit.
Maradona kini melatih Gimnnasia y Esgrima menghadiri perlawanan pasukannya menentang Patronato pada hari Jumaat lalu ketika ulang tahunnya yang ke-60.
Justeru, penyokong Gimnasia y Esgrima telah berkumpul di luar hospital membawa mesej sokongan untuk bekas penyerang Argentina itu.
Setelah keputusan pembedahan diumumkan, sekumpulan peminat di luar mula melaungkan namanya. -Malaysiapost

