Sembuh Covid-19, Cristiano Ronaldo kembali beraksi

0
2

CRISTIANO Ronaldo mengesahkan bahawa dia sihat sepenuhnya selepas bertarung dengan penyakit Covid-19.

“Cristiano sudah kembali”, katanya.

Memetik laporan goal.com. pemain Juventus itu yang baru pulih daripada jangkitan Covid-19 masuk sebagai pemain gantian dan meledak dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Spezia.

Dia yang ketinggalan beberapa siri perlawanan termasuk liga juara bertembung dengan Barcelona selepas disahkan positif Covid-19 semasa cuti antarabangsa.

Namun, juara Serie A itu menamatkan deretan tiga keputusan seri untuk melonjak ke tangga ketiga liga serta empat mata di belakang pendahulu, AC Milan yang menewaskan Udinese 2-1 hasil jaringan kemenangan lewat permainan Zlatan Ibrahimovic.

Manakala, Sassuolo di tangga kedua, dua mata di belakang Milan selepas kemenangan 2-0 ke atas Napoli, kejayaan pertama mereka di Stadio San Paolo.

Ronaldo menggantikan Paulo Dybala pada minit ke-56 di Cesena ketika permainan terikat 1-1 selepas Tommaso Pobega mengimbangi jaringan pembukaan Alvaro Morata untuk Juventus.

Dia kemudiannya meletakkan Juve di depan hanya selepas tiga minit beraksi.

Adrien Rabiot meledak gol ketiga pada minit ke-68 dan Ronaldo melengkapkan kemenangan dengan sepakan penalti 15 minit sebelum tamat permainan.

“Cristiano kembali. Itu yang paling penting.

“Saya direhatkan untuk tempoh yang lama, tiada gejala malah rasa lebih sihat,” katanya. -Malaysiapost