Mujahid dipanggil ke Bukit Aman

0
1

AHLI Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof hari ini mengesahkan akan hadir memberi keterangan di ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), berkata, beliau dipanggil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5 untuk memberi keterangan pada jam 5.30 petang ini.

“In Insya-Allah petang ini saya akan ke Bukit Aman bagi diambil keterangan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas D5.

“Doakan semoga semuanya dipermudahkankan. Amin,” katanya menerusi Facebooknya sebentar tadi.

Dr Mujahid bagaimanapun tidak memaklumkan sebab beliau dipanggil ke Bukit Aman. – Malaysiapost