SEORANG anggota polis maut manakala rakan setugas cedera parah apabila kereta peronda mereka naiki berlanggar dengan kenderaan lain di Jalan Kangkar Tebrau, Kampung Kangkar Tebrau, Johor Bahru, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.24 pagi itu, mangsa yang maut adalah seorang konstabel manakala rakannya yang parah berpangkat Lans Koperal.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saiful Bahri Safar, berkata kereta peronda MPV yang dinaiki dua anggota polis itu berlanggar dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Perodua Aruz sehingga menyebabkan kereta polis terbalik.
“Turut cedera, dua lelaki iaitu pemandu dan penumpang kenderaan Perodua Aruz,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Kamsani berkata anggota polis yang maut kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail. – Malaysiapost

