Belanjawan 2021: PH kemuka 6 cadangan utama kepada kerajaan

0
1

Nurul Huda Abhar

PAKATAN Harapan (PH) memandang Belanjawan 2021 sebagai tugas utama anggota Parlimen, bukan sekadar memastikan perkhidmatan awam mempunyai sumber yang cukup untuk memerangi Covid-19.

Selain itu, ia juga peluang untuk mempertahankan demokrasi dan menggerakkan Malaysia ke arah ekonomi yang lebih lestari dan saksama.

Menerusi kenyataan bersama tiga gabungan parti dalam PH iaitu, Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution, mencadangkan dan menjelaskan idea serta dasar belanjawan PH.

Berdasarkan pertemuan pertama dengan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini, enam cadangan utama diketengahkan PH untuk Belanjawan Perpaduan 2021:

1. Meningkatkan peruntukkan Kementerian Kesihatan untuk Covid-19 dan penyakit tidak berjangkit (NCD)
• Pemerolehan & penggunaan vaksin yang berpotensi kepada kelumpuk masyarakat paling berisiko
• Memberikan bayaran yang adil kepada barisan hadapan dan menyerap pegawai kontrak sedia ada kepada jawatan tetap
• Meningkatkan bilangan pekerja kesihatan sementara termasuk jururawat, kakitangan pembersihan dan pengesan kontak rapat
• Peruntukan khas untuk menangani krisis Covid-19 di Sabah

2. Memperkasa perlindungan sosial, jaringan keselamatan dan pembayaran kebajikan kepada golongan berisiko dan penganggur dengan meningkatkan bantuan kebajikan kepada RM1,000 sebagaimana dijanjikan Perdana Menteri sehingga akhir krisis Covid
• Meningkatkan pendaftaran E-Kasih dan Skim Insurans Pekerjaan (EIS)
• Meningkatkan dana bagi mengatasi masalah penderaan domestik, isu kesihatan mental, penderaan warga emas dan kekurangan nutrisi kanak-kanak

3. Pelanjutan moratorium sehingga 31 Mac 2021

4. Subsidi upah diteruskan sehingga 31 Mac 2021 dan mewujudkan 600,000 pekerjaan seperti program Malaysia@Kerja yang menyediakan insentif untuk tempoh 2 tahun kepada majikan dan pekerja berharga RM13 bilion .

• Fokus untuk mewujudkan pekerjaan hijau dan infrastruktur hijau (“Build Back Better”)
• Pendekatan ganjaran dan hukuman untuk sektor yang mempunyai pertumbhan yang baik, seperti sektor sarung tangan dan alat perubatan untuk meningkatkan bilangan pekerja tempatan

5. Peningkatan perbelanjaan pendidikan untuk memastikan kelangsungan pendidikan
• Menambah baik / meningkatkan sumber untuk kelas dalam talian
• Sistem simpanan kurikulum untuk pelajar belajar dari rumah
• Meningkatkan bilangan guru sokongan dan bilik darjah untuk memenuhi keperluan penjarakan sosial di sekolah

6. Perbelanjaan pembangunan untuk dua (2) projek utama, iaitu, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) dan menaik taraf infrastruktur air untuk Selangor, Kelantan dan Pahang. -Malaysiapost