KWSP: Inilah masanya kerajaan pihatin, tulus bantu rakyat

0
1

Muhammad Mustakim Ramli 

MAJLIS Prefesor Negara (MPN) melihat cadangan supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membenarkan pencarum mengeluarkan secara one-off daripada akuan 1 sepatutnya diterima oleh kerajaan untuk dilaksanakan. 

Menerusi kenyataan MPN berkata, dalam persekitaran ekonomi tidak memberangsangkan, negara memerlukan rakyat mempunyai kuasa beli tinggi untuk mengekal sektor ekonomi terus berkembang dan pembuangan pekerja dapat dihentikan. 

Katanya, bagi pekerja yang diberhentikan dari sektor pelancongan, penerbangan, perhotelan, pendidikan swasta dan lain-lain perkhidmatan yang terjejas teruk dengan krisis ekonomi, kemudahan tunai itu amat diperlukan untuk memulakan kembali kegiatan bagi meneruskan kehidupan dan kesejahteraan mereka. 

“Kita percaya jumlah pencarum yang mahu mengeluarkan dalam akaun 1 KWSP mungkin kurang sedikit daripada mereka yang mengambil Skim i-Lestari dan jumlah yang dijangka akan dikeluarkan mungkin pada aras di bawah RM60 billion. 

“Baru-baru ini KWSP mengumumkan jumlah aset dilabur mereka adalah RM929.64 billion pada 30 Jun 2020, di mana 49.2 peratus pelaburan adalah dalam bentuk bon. Jumlah keuntungan dilaporkan KWSP bagi tiga bulan Suku ke-2 2020 ialah RM15.12 bilion. 

“Sekiranya cadangan ini dilaksanakan, KWSP tidak akan memberi tekanan ke atas pasaran bon tempatan dengan mencarikan sebanyak RM50 billion dalam masa singkat,” katanya. 

MPN juga berkata, inilah masanya kerajaan benar-benar menunjukkan rasa prihatin dan tulus dalam membantu rakyat keluar daripada himpitan ekonomi akibat Covid-19. 

“Betul simpanan KWSP adalah untuk hari tua, tetapi tidak salah jika ia digunakan sedikit oleh rakyat semasa mereka susah. Semasa ekonomi pulih pada masa akan datang, mintalah mereka meningkatkan semula caruman yang telah dikeluarkan menerusi ‘one-off’ ini. 

“MPN melihat untuk negara kembali pulih daripada kemelut ekonomi pada masa akan datang, kerajaan perlu berjiwa besar dengan meniliti dan memperhalusi setiap cadangan dan idea tanpa mengira latar belakang politik,” katanya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Awani