Umno mahu Parlimen dibubarkan apabila Covid-19 terkawal

0
2

UMNO mahu kerajaan membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum selepas penularan wabak Covid-19 berjaya dikawal, kata Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno malam ini, bagi mengembalikan kestabilan politik negara.

“Umno memutuskan agar mandat rakyat dikembalikan bagi menwujudkan kerajaan yang stabil dengan mengadakan pilihan raya umum setelah Pandemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat MT Umno di ibu negara malam ini.

Bagaimanapun kata Zahid, kesemua menteri dari parti itu akan terus kekal berkhidmat bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Umno adalah sebuah parti yang dasar-dasarnya sentiasa memberikan keutamaan kepada agenda rakyat.

“Maka, semua anggota Kabinet yang mewakili Umno terus kekal dalam Kerajaan dan beriltizam untuk terus menjaga kebajikan rakyat dan mempertahankan maruah parti,” kata Zahid lagi.

Sebelum ini, mesyuarat MT Umno memutuskan yang parti itu akan terus mendokong kerajaan PN khususnya dalam usaha menangani wabak Covid-19.

Keputusan itu dibuat Umno selepas membuat peritimbangan untuk menarik diri dari kerajaan PN selepas berasakan parti itu dipinggirkan.

Dalam pada itu Zahid berkata Umno akan memastikan
akan memastikan Belanjawan 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan.

“Umno akan memperhalusi pelbagai pandangan dan harapan rakyat mengenai Belanjawan 2021 untuk diangkat kepada kerajaan termasuklah isu perlanjutan tempoh moratorium, bantuan sara hidup kepada rakyat yang hilang punca pendapatan akibat Covid-19,” katanya lagi.- Malaysiapost