Neymar cedera ketika menentang Istanbul Basaksehir

0
2

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar mengalami kecederaan paha ketika menentang Istanbul Basaksehir di Turki dalam saingan Liga Juara-Juara kelmarin.

Pemain Brazil itu kemungkinan terlepas tiga perlawanan, lapor AFP.

Neymar dikeluarkan pada minit ke-25 di Istanbul sebelum PSG memenangi perlawanan 2-0.

Menurut media Perancis, Neymar cuba meneruskan permainan sebelum meminta diganti.

Dia dilaporkan sudah menjalani imbasan MRI dan mendapati ada kekoyakan di otot pahanya.

Tiga perlawanan PSG seterusnya adalah aksi Ligue 1 di Nantes esok, diikuti kunjungan RB Leipzig ke Paris untuk saingan Liga Juara-Juara pada Rabu dan pertemuan dengan Rennes (Ligue 1) pada 7 November.

Selepas itu, Brazil akan berdepan Venezuela dan Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia.

Bagaimanapun, masih belum ada keputusan dari pihak Neymar berkenaan penyertaan bintang Brazil itu untuk aksi berkenaan. – Malaysiapost.