Selangor bekalkan basikal elektrik, jetski untuk polis pantau pesisir pantai

0
2

KERAJAAN Selangor hari ini menyerahkan 18 basikal elektrik dan lapan jetski kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia bagi tujuan pemantauan sekitar persisir pantai dalam mengenalpasti sebarang cubaan menceroboh sempadan oleh pendatang asing tanpa izin (PATI).

Beliau berkata, aset tersebut yang membabitkan kos RM1.15 juta akan mula digunakan pada 1 November ini.

Katanya, kerajaan negeri turut membekalkan beberapa peralatan penjagaan kesihatan seperti 100 unit pakaian pelindung diri (PPE), 500 unit perisai muka, 300 unit sarung tangan, 200 unit gaun dan lain-lain kelengkapan kepada Jabatan Penjara Malaysia Negeri Selangor.

“Ini sebagai sebahagian daripada usaha mengurus pandemik di penjara-penjara sedia ada.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu usaha Majlis Keselematan Negara (MKN) dalam memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat terbela,” katanya.

Amirudin berkata kerajaan negeri berbesar hati untuk menggalas tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dalam mengawal penularan wabak Covid-19. – Malaysiapost