PEMILIHAN nama kluster adalah berdasarkan latar belakang, nama bangunan, jalan kediaman, tempat kerja bagi kes index, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, selain itu nama sesebuah kluster juga boleh dipilih bagi menggambarkan cara penyebaran jangkitan dalam di antara kes index kontak rapat.
“Ia seperti Kluster Auto yang menggambarkan jangkitan Kluster di tempat kerja melibatkan pekerja di syarikat Automobile dan Kluster Inai yang menggambarkan jangkitan kluster bermula pada majlis berinai,” katanya dalam sidang media semalam.
Jelas Dr Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangat berhati-hati dalam pemilihan nama kluster.
Ia bagi mengelakkan sebarang keresahan dan kebimbangan serta stigma kepada pesakit, penduduk setempat serta organisasi yang terlibat.
“KKM juga melakukan pengesanan kes secara aktif di lapangan.
” Ia bagi memastikan kesemua terlibat disaring dan diasingkan daripada komuniti sekiranya didapati positif jangkitan Covid-19,” katanya. -Malaysiapost

