Covid-19: 835 kes baharu, dua kematian

0
1

Nilam Oshman

KES baharu Covid-19 mencatatkan penurunan hari ini apabila 835 kes dilaporkan berbanding 1,240 semalam.

Daripada 835 itu, 830 adalah kes penularan tempatan dan hanya lima kes import.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam negara kini meningkat kepada 28,640 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata walaupun mencatatkan penurunan ketara berbanding semalam, Sabah masih merekodkan kes tertinggi dalam negara iaitu 410 kes hari ini.

Tambah, Dr Noor Hisham, Negeri Sembilan mencatatkan155 kes, diikuti Selangor (126), Labuan (76), Sarawak (16), Pulau Pinang (13), Perak (11), Johor (8) dan masing-masing empat kes di Terengganu dan Kedah serta satu di Putrajaya.

Beliau turut memaklumkan terdapat dua kluster baharu hari ini iaitu Kluster Lintas di Kota Kinabalu, Sabah dan Kluster Limbungan di Labuan.

Katanya, terdapat dua kematian hari ini melibatkan satu kes warganegara dan satu kes bukan warganegara.

“Kedua-dua kes dilaporkan dari Hospital Tawau, Sabah. Jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah 238 kes – Malaysiapost