Muhyiddin alami kekalahan moral

0
1

Fitri Nizam

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila ‘nasihatnya’ ditolak, katanya veteran Umno, Tan Sri Shahrir Samad.

Beliau dalam satu hantaran Facebooknya hari ini, turut melontarkan persoalan apa akan terjadi kepada negara apabila kerajaan dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang ‘nasihatnya’ ditolak Ketua Negara.

Beliau berkata, walaupun ditemani Menteri Kanan, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, namun masih tidak dapat meyakinkan Ketua Negara yang merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong.

“TS Muhyidin mengalami kekalahan moral. Yang di-Pertuan Agong lebih bijaksana!,” katanya.

Kenyataan sinis itu dipercayai merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan pengisytiharan darurat dibuat bagi menangani wabak Covid-19.

Perdana Menteri pada 23 Oktober lalu, mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz, Pahang, dengan mempersembahkan permohonan pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini. – Malaysiapost