Aktor Terminator tiga kali bedah jantung

0
2

PELAKON Hollywood, Arnold Schwarzenegger menjalani pembedahan jantung buat kali ketiga baru-baru ini dalam tempoh dua tahun.

Bagaimanapun, Schwarzenegger mengakui dirinya semakin sihat.

Aktor Terminator, 73, itu berkongsi foto menunjukkan keadaannya kembali normal dan masih mampu berjalan-jalan di sekitar Cleveland selepas pembedahan itu.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan di Cleveland Clinic.

“Saya kini memiliki injap aorta baharu digabung dengan injap pulmonari daripada pembedahan terdahulu.

“Saya rasa hebat dan sudah bersiar-siar menikmati keindahan Cleveland. Terima kasih buat setiap doktor dan jururawat dalam pasukan saya,” katanya menerusi twitter.

Pada 2018, Schwarzenegger pernah menjalani pembedahan menggantikan injap pulmonari lamanya yang asalnya ditukar pada 1997.

Difahamkan Injap berkenaan tidak boleh bertahan selamanya dan perlu ditukar. -Malaysiapost