Tiada pengumuman PM malam ini – PMO

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

DESAS-desus sama ada kerajaan bakal melaksanakan darurat belum dapat diketahui susulan tiada sebarang pengumuman daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, malam ini.

Perkara itu disahkan jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO) ketika memaklumkan kepada pihak media.

“Tiada sebarang pengumuman malam ini. Jika ada kita akan maklum pada media,” katanya ringkas.

Sejak semalam, spekulasi kuat mengenai pelaksanaan darurat kesihatan bakal dilaksanakan kerajaan apabila Perdana Menteri akan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong berikutan penularan Covid-19.

Perkara itu menjadi semakin ‘panas’ apabila Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang tadi di Istana Abdul Aziz, Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini. – Malaysiapost