– Semua industri tertakluk kepada arahan bekerja dari rumah, kecuali sektor tidak rasmi seperti peruncitan, restoran dan perladangan ataupun dalam sektor pengangkutan. Penghantar makanan termasuk dalam sektor pengangkutan.
– Kerajaan hanya membenarkan 10 peratus mereka yang memegang jawatan pengurusan atau penyelia berada di pejabat.
– Hanya boleh berada di pejabat selama 4 jam dari 10 pagi hingga 2 petang, tiga hari seminggu. Tidak boleh mengubah atau menambah masa untuk berada di pejabat.
– Ujian saringan Covid-19 diwajibkan bagi pekerja asing yang bekerja di sektor pembinaan dan sebagai pengawal keselamatan di zon merah. Mereka yang menunjukkan simptom Covid-19 juga mesti menjalani ujian swab.
– Bagi yang lain, ujian swab tidak wajib tetapi sangat digalakkan.
– Semua pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) boleh diuji secara percuma di klinik panel. Bagaimanapun syarikat menjadualkan ujian untuk kakitangan mereka.
– Majikan anda boleh memohon subsidi untuk melakukan ujian di klinik panel bukan Perkeso. Namun, perlu membuat pembayaran terlebih dahulu, dan kemudian mengemukakan tuntutan kepada Perkeso.
– Majikan akan mendapat rebat sebanyak RM150 untuk setiap pekerja yang diuji.
Rujukan: Berdasarkan FAQ Miti dan sidang media harian Menteri Kanan (Keselamatan).
Foto Kredit: The Guardian

