Semalam hari terakhir Shuib bertugas di konti HotFM?

0
2

Nurul Huda Abhar

PELAWAK dan penyampai radio, Shuib Sepahtu memuatnaik hantaran di laman sosial Instagram (IG) miliknya foto ketika berada di konti HotFM dengan catatan semalam adalah hari terakhirnya bertugas di konti.

Namun, itu bukan bermakna pengusaha bersama jenama air minuman Bubblebee itu akan menamatkan kerjayanya sebagai penyampai radio HotFM.

Ianya bagi mengikut saranan kerajaan yang mengarahkan pekerja di sektor kerajaan dan swasta untuk Bekerja Dari Rumah (BDR) semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Hari terakhir kerja di konti @hotfm976 esok dan “work from home,” katanya semalam.

Segmen Geng Pagi Hot (GPH) kini dibarisi Fizie, Shuk, Shuib dan Affendy bersiaran setiap pagi dan menjadi salah satu radio pilihan pendengar.

Dalam masa sama, menerusi hantarannya pagi ini, Shuib memuat naik satu foto bersiaran secara atas talian bersama rakan-rakan setugas GPH.

“Hari ini dah mula “work from home”. Bila mana ada kemungkinan semua pun belum mandi jadi inilah hasilnya.

“Tapi kami komited demi @hotfm976 dan saranan kerajaan, “work from home”,” ujarnya.

Kelmarin, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa pekerja sektor awam dan swasta bahagian pengurusan serta penyeliaan di kawasan PKPB diarah bekerja di rumah berkuat kuasa hari ini.

Arahan terbaru itu akan membabitkan satu juta pekerja di kedua-dua sektor di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor dan Sabah. -Malaysiapost