Aaron Aziz “bagi muka” pada blog yang fitnah diri, keluarganya

0
1

Nurul Huda Abhar

“AKU bagi kau muka, korang bagi aku muka” kata pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz kepada sebuah blog tempatan yang telah memadamkan “posting” tajuk berita fitnah mengenai pelakon itu semata-mata untuk mengejar jumlah pembaca.

Menerusi video berdurasi 50 saat dimuat naik di laman Instagram (IG)nya, pelakon itu turut menasihatkan pengendali blog berkenaan agar tidak menggunakan tajuk yang boleh menjatuhkan imej seseorang.

“Ini cara yang betul. Korang bagi peluang pada aku, aku bagi peluang pada korang.

“Tapi lain kali jangan nak buat blog bodoh, tajuk bodoh yang mendatang fitnah. Nak mulakan sesuatu dengan cara yang salah cara yang mengaib dan memfitnah orang.

https://www.instagram.com/p/CGogRopBwP2/?igshid=6kyzk0jsfnsb

Pemegang watak Malek dalam filem “Abang Long Fadil” itu juga memberitahu blog tersebut perlu memulakan setiap perkara dengan membuat hantaran yang mempunyai mesej yang baik.

“Buat apa-apa di dunia ni mulakan dengan niat yang bagus, yang baik. Jangan ikut tajuk-tajuk yang bodoh. Terima kasih sebab padam “posting” yang bodoh itu. Belajar dari kesilapan,” ujarnya.

Melalui hantaran video sebelum itu, Aaron memberi amaran kepada sebuah blog yang dikatakan telah memfitnah diri dan keluarganya melalui tulisan tajuk berita.

Dia mengakui “bengang” kerana blog tersebut cuba memburukkan dirinya dengan keterangan palsu.

“Nak beri tahu blog “Berita Steady” ni. Korang nak buat tajuk tentang keluarga dan diri aku jangan buat tajuk fitnah. Sekarang aku bagi amaran turun video itu, ataupun kau tengok apa yang berlaku,” katanya hari ini.

“Posting” korang turunkan sekarang. Jangan buat kelakar, setakat buat lawak untuk orang baca blog bodoh korang. Saya bagi amaran, saya bagi masa tiga jam. Kalau tak turun itu “post” saya buat laporan polis tengok lah apa yang jadi,” ujarnya.

https://www.instagram.com/p/CGmnKC9hoC-/?igshid=biqrid6qqov1

Namun, pelakon berusia 44 tahun itu telah memadam video berkenaan.

Semakan Malaysiapost mendapati blog berkenaan telah mengambil tindakan menghapuskan entri berita berkenaan sejurus menerima amaran pelakon itu.

Terdahulu di laman IG isteri pelakon itu, Diyana Halik telah memuat naik hantaran yang menunjukkan suaminya telah memanggil wanita lain dengan panggilan “sayang”.

Namun begitu, panggilan “sayang” itu ditulis Aaron menerusi ruangan komen di IG aktres Bollywood, Preity Zinta.

“Hai sayang, masak apa hari ini? Abang balik lewat sikit okay. Jangan rindu abang sangat okay,” tulisnya.

Rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri itu yang dikatakan “sporting”. – Malaysiapost