PKPB: Hendak jumpa kawan lama alasan mahu rentas negeri

0
1
polis_pkp_kota_setar

HENDAK jumpa kawan lama adalah antara alasan tidak masuk akal yang permohonan merentasi daerah dan sempadan negeri di seluruh Selangor ditolak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin, berkata secara keseluruhannya, Polis Selangor menerima 33,467 permohonan, manakala 30,747 permohonan diluluskan dan 2,720 permohonan adalah gagal.

“Statistik ini bermula dalam tempoh PKPB statistik sehingga semalam bagi permohonan untuk merentasi daerah dan sempadan.

“Antara permohonan yang ditolak oleh polis adalah memberikan alasan tidak munasabah dan tidak masuk akal misalnya hendak jumpa kawan lama dan ambil barang.

“Bila ditanya lanjut, mereka gagal memberikan jawapan yang munasabah,” katanya seperti dilapor BH.

Terdahulu, media melaporkan Polis Selangor 63 sekatan jalan raya dilaksanakan dalam tempoh 24 jam dengan tumpuan diberikan terhadap sempadan daerah dan zon merah.

Noor Azam berkata, orang ramai yang mempunyai urusan penting atau bekerja di daerah lain perlu mempunyai surat kebenaran atau pas bekerja.

“Untuk mereka yang mempunyai hal kecemasan boleh mendapatkan kebenaran rentas daerah atau negeri dari mana-mana balai polis berhampiran lokasi mereka,” katanya. -Malaysiapost