Pekerja hotel nafi dicabul Speaker DUN

0
2

Aiman Hanif

PEKERJA hotel yang didakwa dicabul oleh seorang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tampil membuat laporan polis dan menafikan tuduhan itu.

Dalam satu laporan polis yang dilihat Malaysiapost, wanita berkenaan telah membuat laporan mengenai tuduhan itu di sebuah balai polis pagi tadi.

Wanita berkenaan menafikan laporan yang tersebar di media sosial Facebook dan WhatsApp itu.

Melalui laporan polis itu, wanita berkenaan memaklumkan yang dia mengetahui perkara itu setelah diberitahu oleh salah seorang majikannya.

Dia kemudiannya membuat laporan polis bagi melindungi dirinya dan juga untuk tindakan lanjut.

Terduhulu, tular satu artikel di media sosial yang mendakwa bahawa Yang di-Pertua DUN di salah sebuah negeri telah bertindak mencabul seorang pekerja hotel.

Berdasarkan maklumat yang diterima Malaysiapost, kejadian itu dikatakan berlaku pada awal bulan ini di sebuah hotel terkemuka.

Speaker DUN berkenaan dikatakan menolak wanita berkenaan ke dalam bilik dan bertindak memeluk serta memegang perut dan payudara wanita berkenaan.

“Wanita tersebut telah membuat laporan kepada pihak pengurusan hotel berhubung kejadian itu.

“Pihak hotel kemudiannya bertanyakan Speaker berkenaan dan beliau mengakui serta memohon maaf berhubung perkara itu.

“Kemudiannya, Speaker yang bergelar Datuk itu menghantar dua ‘utusannya’ untuk berunding dengan wanita berkenaan bagi menyelesaikan itu terbabit,” kata seorang sumber dan maklumat yang diterima.- Malaysiapost