Surat sokong Anwar: KJ beri reaksi tanda soal

0
1

HANYA tanda soal, itu reaksi Khairy Jamaluddin terhadap dakwaan sokongan dua pemimpin politik Umno terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Status tanda soal yang dimuat naik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Twitter itu menimbulkan pelbagai spekulasi sama ada beliau terkedu atau terkejut dengan dakwaan itu.

???, itu sahaja status yang dimuatnaik Ahli Parlimen Rembau itu, hari ini.

Berdasarkan perkongsian yang dimuat naik Khairy daripada laporan sebuah portal itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan bekas timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi didakwa menulis surat kepada Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Surat itu didakwa menyokong Anwar yang juga Presiden PKR membentuk kerajaan baharu dan mereka mempunyai Ahli Parlimen Umno yang bersetuju menyokong Anwar. – Malaysiapost