Umno hanya bekerjasama dengan PKR tanpa DAP – Tajuddin

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

UMNO hanya mempertimbangkan kerjasama dengan PKR sekiranya tanpa DAP, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, pendirian Umno sejak dulu sudah cukup jelas bahawa tiada kerjasama dengan DAP.

“Kita tidak akan bekerjasama dengan sesiapa yang bersama DAP.

“Maknanya tanpa DAP kita ‘willing to talk’. Kita sedia bertimbang untuk kerjasama.

“So (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim)? Tak tahu la.. kalau dia nak dengan DAP kita tidak mahu,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Umno sedia berkerjasama dengan PKR yang sejak dari dulu adalah rakan sekutu dengan DAP.

Sebelum ini media melaporkan, Tajuddin berkata parti itu sedia berkerjasama dengan Presiden PKR itu.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata, kerjasama mungkin berlaku sekiranya ketua pembangkang itu mempunyai formula untuk membahagiakan semua parti. -Malaysiapost