Kerjasama politik: Umno, Bersatu mulakan rundingan baharu

0
2

UMNO dan Bersatu dilaporkan sudah memulakan rundingan bagi mencari penyelesaian terbaik berhubung kerjasama politik antara kedua-dua parti terbabit

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa, berkata, rundingan itu juga turut melibatkan PAS.

“Saya gembira mendapat tahu wakil Umno dan Bersatu sudah pun memulakan rundingan. Begitu juga dengan PAS,” katanya menerusi Twitternya hari ini.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, Muafakat Nasional juga akan bermesyuarat pada Isnin ini.

“Semuanya dalam suasana ‘anak beranak’, kita doakan segalanya dipermudahkan Allah SWT,” katanya.

Selasa lalu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan melalui Mesyuarat Biro Politik memutuskan parti itu membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, parti itu akan memberikan syarat baharu melalui perjanjian bertulis kepada kerajaan PN untuk dilaksanakan secepat mungkin bagi meneruskan kerjasama politik. -Malaysiapost