Anwar ke Bukit Aman esok

0
2

DATUK Seri Anwar Ibrahim dijadual memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, jam 3 petang esok.

Ia bagi membantu siasatan isu penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokongnya untuk mengambil alih pentadbiran negara.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani seperti dilaporkan Berita Harian.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid pula memaklumkan, pihaknya sudah menghubungi Presiden PKR itu untuk hadir ke Bukit Aman.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan berkata, siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, sebanyak enam laporan telah diterima dan polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media sosial sejak beberapa hari lalu itu. – Malaysiapost