Pengumuman penting Anwar jam 2 petang ini

0
1

DATUK Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media khas di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur jam 2 petang ini.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menerusi jemputan kepada media memaklumkan Anwar akan membuat pengumuman penting pasca sesi mengadap Yang di-Pertuan Agong.

“Rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi sidang media penting ini, serta diingatkan agar sentiasa mematuhi segala SOP berkaitan Covid-19,” katanya.

Terdahulu, Anwar selesai mengadap Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dan meninggalkan pekarangan Istana Negara jam 11.30 pagi selepas pertemuan berlangsung kira-kira sejam.

Anwar sempat menurunkan cermin tingkap kenderaan dinaikinya dan melambai kepada media yang menunggu sejak pagi tadi.

Walaupun tidak menghentikan kenderaan, Anwar hanya memberikan senyuman kepada ketika diajukan soalan berkaitan majlis mengadap itu. – Malaysiapost