Muhammad Mustakim Ramli
PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin dilihat makin ceria dalam menyesuaikan diri di bandar Kortrijk, Belgium.
Menerusi Facebook rasmi pasukan KV Kortrijk, remaja berusia 18 tahun itu baru sahaja membeli basikal bagi kegunaan hariannya.
Berdasarkan video berdurasi 1.40 minit itu, Luqman dibawa ke kedai basikal untuk oleh pengurusan kelab.
“Mudah untuk saya setiap pagi…untuk pergi ke padang latihan serta ke bandar.
“Paling penting lebih laju dari basikal lama saya. Jadi lebih mudah untuk saya. Tentulah saya gembira,” kata Luqman.
Di akhir video kelihatan pemain berasal dari Kelantan itu gembira mengayuh basikalnya pulang ke rumah.
Malaysiapost mendoakan urusan pemain remaja itu dipermudahkan di sana.
Selamat mengharumkan nama Malaysia Luqman! – Malaysiapost


