LHDN syorkan mohon BPN 2.0 menerusi talian

0
1

LEMBAGA Hasil Dalam Negeri (LHDN) menggalakan pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Diperketatkan (PKPD) digalakkan membuat permohonan secara dalam talian.

Menerusi kenyataan, LHDN berkata, pihaknya menggalakkan permohonan dalam talian pada masa ini bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

“Permohonan baharu boleh dibuat mulai Khamis ini sehingga 15 November dan penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula jika menerima bayaran sebelum ini,” katanya.

LHDN berkata, pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan berkenaan.

Katanya, pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dibuat dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran iaitu pada hujung bulan ini dan pada Januari depan. -Malaysiapost