Gangguan bekalan air di Klang, Shah Alam pulih

0
2

SEMUA kawasan di Klang/Shah Alam yang terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual semalam, dijangka pulih sepenuhnya jam 9 pagi ini.

Pengurusan Air Selangor, berkata kerja-kerja pembaikan paip pecah yang berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24 Shah Alam siap lebih awal jam 12.35 tengah malam tadi.

“Kerja-kerja pembaikan paip pecah yang mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di Wilayah Klang/Shah Alam telah siap.

“Bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih sepenuhnya jam 9 pagi ini,” kata kenyataan itu.

Air Selangor berkata, orang ramai boleh mendapat maklumat dari semasa ke semasa di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang syarikat itu di www.airselangor.com.

Semalam, Air Selangor memaklumkan, enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam tadi sehingga petang ini, susulan kejadian paip pecah di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam.

Kawasan yang terlibat ialah Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 Shah Alam. -Malaysiapost