Lebih 2,000 kakitangan Malindo Airways bakal hilang kerja

0
2

MALINDO Airways Sdn Bhd akan mengambil langkah mengurangkan kakitangan berikutan pandemik Covid-19 yang menjejaskan sektor penerbangan di seluruh dunia.

Difahamkan, syarikat penerbangan itu dijangka memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.

Selain itu, kemungkinan juga syarikat berkenaan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada Lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.

“Proses pemberhentian kerja kakitangan yang terlibat dijangka selesai pada 30 November depan, manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai,” menurut satu laporan media.

Pada 9 Oktober lepas, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd mengesahkan pemberhentian sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka untuk kelangsungan dalam industri penerbangan yang terjejas teruk kerana krisis Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) Tony Fernandes dipetik berkata, langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.

Pada hari sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS) Izham Ismail dilaporkan berkata, syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus mulai bulan ini. – Malaysiapost