Nabila Huda sedih keguguran kali kedua

0
1

Nurul Huda Abhar

PELAKON, Nabila Huda, mengumumkan kehilangan anak yang dikandungnya selepas mengalami keguguran, dua hari lalu.

Nabila, 35, menerusi hantaran statusnya di Instagram (IG) Story hari ini memberitahu, beliau mengalami pendarahan sebelum disahkan keguguran.

Tambahnya, ini adalah pengalaman kali kedua kehilangan anak yang dikandung selepas keguguran kali pertama pada April tahun lalu, sejak perkahwinan keduanya dengan, Mohd Izwan Johar.

“Saya rasa anda perlu tahu apa yang terjadi pada saya. Saya mengalami keguguran kali kedua dua hari lalu.

“Semasa saya dapat tahu pendarahan berlaku, saya sangat sedih. Semalam saya duduk seharian untuk memulihkan kembali semangat.

“Memang perasaan ini nak sangat ada bayi. Semasa buat pemeriksaan darah dan
disahkan mengandung, saya sangat paranoid. Saya takut jadi apa-apa dekat baby, dia jatuh ke atau tak ada dalam perut,” katanya hari ini.

Dalam tangisan, Nabila mengakui keadaan dirinya kini semakin pulih namun berasa kasihan kepada suaminya yang terlalu berharap untuk menimang cahaya mata.

“Tapi saya percaya ini semua tiada rezeki kami lagi. Saya cuma kesian kepada suami, lama dia tunggu.

“Kenapa susah sangat apila kita teringin sangat. Tapi saya dan “move on”. Jangan risau..saya okay. Saya duduk kat rumah saya fikir tapi perasaan sedih memang terasa,” katanya.

Nabila yang juga anak kepada bintang Rock terkenal, Amy Search mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada Disember 2015 dan itu adalah perkahwinanya yang kedua.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada 2008 namun berpisah tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan mereka, aktres ini dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila yang kini berusia 10 tahun.
-Malaysiapost