SEORANG kakitangan Kementerian Sumber Manusia (KSM) disahkan positif Covid-19 pada Ahad lalu.
KSM berkata, kakitangan itu kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
“Justeru, kementerian mengambil langkah-langkah pencegahan segera penularan jangkitan Covid-19 dengan mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kontak rapat dalam kalangan kakitangan KSM telahpun menjalani saringan kesihatan dan menjalani proses kuarantin di rumah,” kata KSM menerusi kenyataan, hari ini.
KSM berkata, langkah proaktif seterusnya diambil dengan menjalankan proses
disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran kementerian.
“Sebagai langkah tambahan, swab test akan dilaksanakan kepada pegawai KSM. Berkuatkuasa serta merta juga, semua program dan aktiviti KSM ditangguhkan sehingga 16 Oktober 2020.
“Kementerian akan terus memantau perkembangan terkini Covid-19
serta memperketat langkah-langkah pencegahan melalui kerjasama rapat
dengan pihak berkuasa untuk memastikan wabak itu dapat dibendung,” katanya. -Malaysiapost

