Azmin kuarantin kendiri di rumah, dua ujian saringan Covid-19 negatif

0
1

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini merungkai spekulasi berhubung status kesihatan beliau sejak semalam.

Ahli Parlimen Gombak itu berkata beliau telah menjalani dua ujian saringan Covid-19 dan keputusan kedua-duanya adalah negatif.

“Saya akan meneruskan kuarantin kendiri sehingga ujian Covid-19 yang ketiga dibuat di Pejabat Kesihatan Daerah Putrajaya.

“Buat masa ini, saya tetap melaksanakan tugas dan tanggungjawab dari rumah. Saya mendoakan semoga seluruh rakyat Malaysia senantiasa dilindungi dari jangkitan Covid-19,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Mohamed Azmin mengakui banyak spekulasi mengenai status kesihatannya, namun berterima kasih kerana ramai yang prihatin dan mendoakan kesejahteraan serta keselamatannya sekeluarga.

Sejak semalam, heboh di media sosial mendakwa seorang menteri kanan positif Covid-19 setelah pulang dari Sabah.

Ada beberapa pihak mendakwa menteri kanan tersebut adalah Mohamed Azmin namun tiada sebarang pengesahan. – Malaysiapost