Vietnam catat 0 kes positif Covid-19 selama 32 hari

0
1

VIETNAM catat hari ke-32 semalam berturut-turut tanpa jangkitan Covid-19 dalam masyarakat mereka, lapor Jawatankuasa Pengendali Nasional untuk Pencegahan dan Pengawalan Covid-19.

Katanya, setakat ini, negara itu mengesahkan sebanyak 1,096 kes Covid-19, termasuk 691 jangkitan tempatan dan selebihnya kes import.

Dalam pada itu, menurut laporan agensi berita Vietnam (VNA), antara pesakit yang sedang menjalani rawatan, seorang telah diuji negatif untuk Covid-19 sekali, dua pesakit untuk kali kedua dan empat orang bagi ujian kali ketiga.

“Setakat ini 1,020 pesakit dirawat telah sembuh dan kini tiada pesakit dalam keadaan kritikal.

“Angka kematian akibat penyakit itu kekal pada 35 kes, kebanyakan mereka warga emas dengan keadaan yang serius,” katanya.

Katanya lagi, seramai 16,447 orang yang mempunyai hubungan rapat dengan pesakit Covid-19 atau memasuki Vietnam dari wilayah yang dilanda pandemik sedang dikuarantin di seluruh daerah, termasuk 718 di hospital, 11,212 di pusat kuarantin dan 4,547 di
rumah.-Malaysiapost