UPSI tak halang, cuma perlu maklum terlebih dahulu – Dr Rozaimi

0
1

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak menghalang niat pendakwa bebas, Ustaz Ebit Lew membantu pelajar, cuma perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

terlebih dahulu demi keselamatan pelajar, 

Pensyarah Dekah dan Usul Fiqh UPSI, Dr Rozaimi Ramle berkata ia perlu demi keselamatan pelajar universiti berkenaan.

Katanya, beliau sudah bertanya kepada MPP UPSI dan pengurusan tertinggi universiti berhubung perkara itu.

“Mereka memaklumkan kepada saya bahawa pihak UPSI tidak menghalang bantuan Ustaz Ebit Liew dan sangat menghargainya dan berharap agar bantuan kepada pelajar dapat dilakukan demi menjaga kebajikan pelajar,” katanya menerusi Facebook.

Menurut Dr Rozaimi, pihak pengurusan UPSI meminta sekiranya bantuan yang ingin dihulurkan berkaitan pengangkutan pelajar yang berada di kampus ke kampung halaman, hendaklah dimaklumkan.

“Sekurang-kurangnya maklumkan tentang data pelajar yang terlibat, maklumat perjalanan dan destinasi tujuan.

“Ini penting supaya pergerakan pelajar menaiki bas itu di dalam pengetahuan pihak pengurusan kerana dibimbangi jika berlaku apa-apa kepada pelajar di dalam perjalanan, pihak pengurusan dipertanggungjawabkan.

“Pihak pengurusan hanya minta mereka dimaklumkan tentang perkara ini. Mereka tidak sesekali berniat untuk menghalang bantuan dari Ustaz Ebit Liew atau siapa sahaja,” katanya.

Tambah beliau, diharapkan penjelasan ini dapat meleraikan sedikit kekeliruan. 

Terdahulu hari ini, Ustaz Ebit memaklumkan Naib Cancelor UPSI telah menghubunginya dan meminta beliau membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya penyediakan bas percuma kepada pelajar.

Menurut Ebit, niat asalnya hanya menolong pelajar kurang berkemampuan pulang ke kampung dan berikutan terdapat sekatan itu, 20 bas yang telah disewa terpaksa ditangguh perjalanannya. 

Sebelum itu, MPP UPSI memaklumkan dalam keadaan krisis Covid-19 ini, semua pihak perlu mematuhi proses penghantaran pulang pelajar mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

Ini termasuk mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan universiti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). – Malaysiapost

Foto Kredit: Facebook Dr. Rozaimi Ramle