Bau bangkai di Sungai Semenyih dan Sungai Langat – LUAS

0
1

LEMBAGA Urus Air Selangor (LUAS) terima laporan terdapat bau tidak normal seakan bau bangkai dikesan di Sungai Semenyih dan Sungai Langat, petang hari ini.

Menerusi Twitter LUAS berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang.

“LUAS dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera,” katanya.

Berikutan itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) terpaksa hentikan tugas di Rawatan Air Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi, Selangor sepenuhnya. – Malaysiapost