Fazura, Fattah dapat ‘baby girl’

0
2

Nilam Oshman

Selebriti popular, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin selamat melahirkan bayi perempuan, hari ini.

Menerusi kenyataan di Instagramnya, beliau menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah dengan kurniaan cahaya mata berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah kehadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan 2 Oktober 2020.

“Cahayamata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” katanya.

Isteri kepada pelakon, Fattah Amin itu berkata, beliau dan suami akan mengumumkan nama serta wajah bayi mereka selepas tujuh hari.

“Di sini kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah. InsyaAllah.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi yang henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan. Salam sayang dari kami bertiga,” katanya.

Fattah dan Fazura diijabkabul pada 27 November 2017 di Majlis tertutup di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Pada 17 April lalu, Fattah mengumumkan isterinya sah mengandung ketika usia kandungan berusia empat bulan, setelah dua tahun mendirikan rumah tangga. -Malaysiapost.