Maut selepas dikejar anjing liar

0
2

SEORANG wanita warga emas maut akibat serangan jantung selepas dikejar anjing liar di Kampung Baru Dengkil, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad, berkata dalam kejadian 6.30 pagi itu di mangsa berusia 65 tahun yang bekerja sebagai tukang cuci itu ditemui terbaring di simpang empat jalan masuk Kampung Baru Dengkil dan Taman Baiduri Dengkil.

Katanya, berdasarkan keterangan saksi, ketika kejadian beliau terdengar bunyi anjing menyalak dengan kuat dan melihat mangsa sedang berjalan perlahan menghala ke Taman Baiduri Dengkil sebelum dilihat terjatuh.

“Saksi terus menghubungi pihak ambulans untuk tindakan lanjut. Pihak ambulans dari Klinik Kesihatan Dengkil tiba dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada sebarang unsur jenayah ditemui pada badan mangsa,” katanya seperti dilapor BH.

Md Noor Aehwan berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

“Hasil laporan bedah siasat dapati punca kematian adalah akibat serangan jantung,” katanya.-Malaysiapost