PUNB lanjut moratorium hingga Disember

0
1

PERBADANAN Usahawan Nasional Bhd (PUNB) melanjutkan penangguhan pembayaran pembiayaan perniagaan rakan usahawannya selama tiga bulan lagi sehingga akhir Disember ini.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, penangguhan itu membabitkan semua 1,963 rakan usahawan PUNB yang dibuat secara automatik.

“PUNB bersetuju untuk melanjutkan tempoh penangguhan pembayaran perniagaan ke atas prinsipal dan keuntungan untuk tempoh tiga bulan lagi bermula 1 Oktober ini hingga 31 Disember 2020.

“Ini bermakna, jumlah keseluruhan anggaran penangguhan pembayaran pembiayaan yang diperkenalkan PUNB bermula 1 April lalu sehingga akhir tahun ini adalah sebanyak RM155 juta.

“Semua 1,963 rakan usahawan kita yang menerima moratorium bagi tempoh April hingga September ini secara automatik menerima lanjutan tambahan tiga bulan ini,” katanya seperti dilapor BH. – Malaysiapost