City kena belasah, Leicester di puncak liga

0
2

HATRIK penyerang berpengalaman, Jamie Vardy memberi ancaman awal kepada Manchester City untuk kembali mencari gelaran Liga Perdana ketika tewas 5-2 kepada Leicester, awal pagi tadi.

City beraksi tanpa bintang utama kerana jangkitan Covid-19 turut melepaskan tiga penalti, selain masalah di bahagian pertahanan sekali lagi terdedah apabila gagal mengawal kepantasan dan penyudah baik Vardy.

Lima gol yang dilepaskan skuad Pep Guardiola ini adalah kali pertama dalam karier kejurulatihannya.

Leicester mendaki ke kedudukan teratas liga tetapi perlu bangkit daripada ketinggalan untuk melebarkan permulaan sempurna musim ini apabila sepakan Riyad Mahrez membuka jaringan berdepan bekas kelabnya selepas hanya empat minit.

“Masalahnya ialah kami memberikan tekanan tambahan terhadap diri sendiri untuk menjaringkan gol kedua dan ketiga,” kata Guardiola.

“Kami perlu lebih tenang, kami tiada pemain yang boleh menyerang ke dalam kotak penalti seperti yang kami mahukan.

“Saya tidak akan mengaku kalah, saya cuba mencari penyelesaian,” katanya.

City dilaporkan semakin hampir mendapatkan pertahanan tengah Benfica, Ruben Dias dan keperluan terhadap pertahanan tengah amat jelas ketika Vardy mudah mengatasi pasangan baharu, Eric Garcia dan Nathan Ake. – Malaysiapost

Foto Kredit: goal.com