PKPD Zon Melor berakhir

0
2

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Zon Melor di Amanjaya, Sungai Petani, Kedah, ditamatkan hari ini.

Sebelum ini PKPD Secara Pentadbiran di Zon Melor dilanjutkan bermula 14 September lalu dan ditamatkan hari ini sebagaimana dijadualkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata penamatan itu dibuat selepas tiada penambahan kes baharu positif Covid-19 untuk tempoh 13 hari iaitu sejak 14 September lalu.

“Sebanyak 4,931 sampel diambil di Zon Melor dan bilangan kes positif Covid-19 kekal 13 kes seperti direkodkan pada 13 September lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, PKPD Secara Pentadbiran ke atas Zon Kenanga dan Zon Mawar di Aman Jaya, Sungai Petani tamat berkuat kuasa pada 14 September.

Bagaimanapun, PKPD Secara Pentadbiran di Zon Melor di lokasi sama pula disambung sehingga 27 September membabitkan 609 rumah dengan anggaran 2,529 penduduk. – Malaysiapost