[DUNIA] SEORANG remaja lelaki berusia 18 tahun ditahan kerana menyerang dua individu menggunakan pisau pemotong daging berhampiran premis yang pernah menjadi pejabat majalah kontroversi, Charlie Hebdo di Paris.
Memetik laporan AFP, remaja berasal dari Pakistan itu bertindak sedemikan selepas penerbitan itu muncul kembali dengan kartun yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
Difahamkan, ketika diserang dua mangsa sedang menghisap rokok berhampiran bangunan itu dan suspek ditahan tidak jauh dari lokasi tidak lama kemudian.
Polis turut menemui senjata yang digunakan suspek dan pihak berkuasa telah menahan individu bagi membantu siasatan
Charlie Hebdo sebelum ini menimbulkan kemarahan terhadap umat Islam di seluruh dunia selepas menerbitkan kartun yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW.
Pada 7 Januari 2015, 12 individu termasuk kartunis terkenal Perancis terbunuh dalam serangan di pejabat Charlie Hebdo.
Bagaimanapun, penerbitan majalah itu telah berpindah ke pejabat baharu dan merahsiakan alamatnya.
Charlie Hebdo menerbitkan semula kartun sama baru-baru ini ketika perbicaraan perbicaraan individu yang bersubahat pada serangan 2015 akan berlangsung tiga minggu lagi. – Malaysiapost

