PKPDP Kota Setar tamat, PKPDP Bersasar rumah pangsa sehingga 7 Okt

0
2

PKPDP Kota Setar tamat, PKPDP Bersasar rumah pangsa sehingga 7 Okt

PERINTAH Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (PKPDP) di Kota Setar, Kedah sejak 11 September lalu berakhir hari ini.

Bagaimanapun, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPDP Secara Bersasar di Rumah Pangsa Tongkang Yard di Seberang Perak, Alor Setar sehingga 7 Oktober ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia diputuskan selepas mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak tersebut.

“Pelanjutan tempoh ini diperlukan bagi membolehkan saringan kedua dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Korok Lama juga ditutup mulai esok sehingga 9 Oktober 2020. 

“Pihak PDRM dan ATM akan membuat kawalan pergerakan di lokasi tersebut bagi memastikan semua penduduk mematuhi SOP dan perintah kuarantin di rumah,” katanya.

Beliau berkata Slseramai 94 penduduk di rumah pangsa  tersebut telah disaring dan sembilan daripadanya didapati positif Covid-19 yang melibatkan lima rumah. – Malaysiapost