Pelawat dari Sabah perlu mohon kebenaran sebelum masuk Sarawak

0
2

SEMUA pelawat yang ingin memasuki Sarawak dari Sabah dan Labuan perlu memohon menggunakan aplikasi telefon pintar ‘EnterSarawak’ sebelum tarikh perjalanan, berkuatkuasa hari ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, berkata pelawat juga perlu melampirkan keputusan saringan Ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR)

“Peraturan ini adalah salah satu keputusan yang diambil berikutan peningkatan kes COVID-19 di Sabah sejak kebelakangan.

“Pas masuk terhad akan diberikan selama lima hari di Sarawak. Mereka juga perlu melampirkan tiket penerbangan pulang (mereka bersama-sama pas masuk berkenaan), ” katanya .

Penumpang yang gagal melampirkan keputusan saringan RT-PCR 

sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh perjalanan tidak dibenarkan memasuki negeri itu.

“Sementara itu, warga Sarawak, pemastautin tetap dan pemegang pas visa negeri ini yang merancang untuk melakukan perjalanan sama juga perlu melengkapkan butir permohonan mereka di aplikasi “EnterSarawak” dan  menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Mereka juga perlu memakai gelang  tangan serta menjalani ujian RT-PCR pada hari kedua dan ke-10 kepulangan mereka,” katanya.

Jawatankuasa itu berkata, bagi pelawat yang kerap melakukan perjalanan antara Sabah, Labuan dan Sarawak termasuk mereka terlibat dalam perkhidmatan penting perlu memohon pas khas daripada mana-mana jawatankuasa pengurusan bencana negeri.

Katanya, kategori pelawat daripada tiga kategori ini perlu menjalani saringan RT-PCR setiap 14 hari dan kegagalan melakukannya akan mengakibatkan pembatalan pas itu.

“Semua warganegara dan warga asing yang memasuki Sarawak perlu mengisytiharkan sekiranya mereka telah berada di Sabah atau Labuan dalam tempoh 14 hari lepas.

“Sekiranya mereka membuat pengisytiharan palsu, mereka akan dikenakan tindakan di bawah Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999,” -Malaysiapost