Kekayaan bekas wartawan atasi Alibaba

0
1
Zhong Shanshan

Foto Kredit: CNN

[Dunia] PENGASAS Nongfu Spring,

Zhong Shanshan, 66, mengatasi pemilik syarikat Alibaba, Jack Ma sebagai lelaki terkaya China, lapor Bloomberg Billionaires Index hari ini.

Zhong menubuhkan Nongfu pada 1996, ketika perniagaan minuman botol baru mula berkembang di China.

Nilai kekayaan Zhong, mencecah AS$58.7 bilion (RM244.6 bilion) selepas syarikat minuman botol miliknya disenaraikan di Hong Kong awal bulan ini.

Ini menjadikan nilai syarikatnya meningkat AS$2 bilion (RM8.3 bilion) lebih kaya berbanding Jack Ma.

Nongfu Spring, didakwa jenama minuman botol pertama di China, dipasarkan meluas di seluruh negara yang menyaksikan kebanyakan penduduk menghentikan penggunaan air paip atas faktor kesihatan.

Syarikat terbabit meraih AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion) ketika tawaran awam permulaan sahamnya.

Zhong juga adalah pengerusi Beijing Wantai Biological Pharmacy Co Ltd, sebuah pengeluar vaksin yang disenaraikan di tanah besar pada April lalu.

Syarikat itu membangunkan semburan hidung vaksin Covid-19 dengan kerjasama sebuah universiti terkemuka.

Zhong juga merupakan bekas wartawan yang pernah bertugas di akhbar Zhejiang milik kerajaan negeri dan sering diberi jolokan ‘lone wolf’ kerana jarang membuat penampilan di khalayak ramai dan enggan ditemuramah. – Malaysiapost