Kumbahan IWK punca air Sungai Gong hitam

0
2

CECAIR yang mencemari Sungai Gong, Rawang hingga berwarna hitam pada minggu lalu berpunca daripada sisa kumbahan loji pelepasan Indah Water Konsortium (IWK).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar, berkata keputusan itu hasil analisis makmal oleh jabatan kimia.

“Kita akan bertindak sewajarnya bagi menyelesaikan isu ini,” katanya seperti dilapor Selangorkini.

Sementara itu, Nor Aziah berkata, pihaknya memeriksa 63 premis didirikan sepanjang Sungai Gong hingga Sungai Sembah termasuk IWK bagi mengesan premis melanggar peraturan.

“Ops Gempur Sumber Air itu dilakukan dari 4 hingga 9 September lalu. Sebanyak 19 premis dikesan tidak patuh selain 43 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya.

Sabtu lalu, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) menerima laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak berhubung kejadian air Sungai Gong berwarna hitam.

Luas memaklumkan insiden berkenaan dikesan jam 12.11 tengah hari di kawasan Inlet Kolam Tebatan Banjir JPS. -Malaysiapost