KFA tawar kontrak lanjutan kepada Aidil

0
1

KETUA Jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak mengesahkan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menawarkan kontrak lanjutan untuk beliau terus membimbing pasukan itu.

Namun, pengendali dari Singapura itu masih mempertimbangkan tawaran berkenaan.

“Sejujurnya saya masih berbincang dengan keluarga untuk menentukan sama ada mahu kekal (di Kedah) atau ke pasukan lain.

“Buat masa ini, saya hanya fokus kepada perlawanan akan datang kerana tiga aksi terakhir ini amat penting untuk kami mengekalkan kedudukan kedua,” katanya seperti dilapor Stadium Astro.

Bekas ketua jurulatih Home United itu berkata, hatinya sentiasa berada di Kedah namun pada masa sama mahu melihat dari sudut yang lebih besar.

“Saya jurulatih yang sukakan cabaran. Memang saya amat rapat dengan pemain Kedah dan itu salah satu faktor kenapa saya masih berada di Kedah walaupun pernah lima bulan tidak dibayar gaji,” katanya.

Beliau dalam pada itu menegaskan berita mengenai tawaran dari Selangor dan Perak untuk mendapatkan khidmatnya hanya khabar angin semata-mata. – Malaysiapost