Tidak ada apa yang tumbang – KJ

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

TIDAK ada apa-apa yang tumbang atau jatuh, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Kenyataan bekas Ketua Pemuda Umno itu sekali gus menafikan dakwaan yang dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang.

“Baru selesai mesyuarat Jemaah Menteri. Tidak ada apa-apa yang tumbang atau jatuh,” kata Khairy menerusi akaun Twitter miliknya.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa menyindir dakwaan berkenaan dengan mengatakan ada individu terkena virus baru.

“Mungkin ada orang yg baru di serang virus baru.

“Banyak-banyak kita berdoa agar negara terselamat dari wabak sayyi il asqam,” katanya menerusi Twitter.

Sementara itu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, berkata beliau yakin Anwar sedang cuba untuk memperbodohkan rakyat khususnya parti komponen PH.

“Tidak ada siapa yang akan menyokong manusia berpenyakit seperti Anwar. Dia seorang yang sewel.

“Kalau Anwar mempunyai cukup sokongan 123 ahli-ahli parlimen saya rasa sekarang ini pun dia dah tunggu di pintu hospital IJN,” katanya.

Terdahulu, Anwar mendakwa memiliki sokongan kukuh dan menyakinkan daripada majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau berkata, sokongan diterimanya adalah daripada pelbagai parti malah majoriti sokongan diterimanya adalah di kalangan Ahli Parlimen Melayu.

Anwar mendakwa sokongan diterimanya bukanlah majoriti mudah sebaliknya majoriti konklusif yang kukuh. -Malaysiapost