Ketua Penerangan Umno pulang dari Sabah positif Covid-19

0
1

Fitri Nizam

KETUA Penerangan Umno, Shahril Sufian Hamdan mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas pulang daripada berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ketika mengesahkan perkara itu, Shahril berkata, beliau tidak mempunyai gejala yang serius melainkan penat di Kuala Lumpur.

“Saya mengambil keputusan untuk menjalani ujian sebagai langkah berjaga-jaga kerana kes positif Covid-19 di Sabah meningkat malah saya sendiri berkempen di sana.

“Saya baru menerima panggilan dan akan dibawa ke hospital hari ini,” katanya menerusi laman sosial Twitter, hari ini.

Beliau turut memohon maaf kerana akan menyebabkan ketidakselesaan terhadap kontak rapatnya sejak beberapa hari lalu.

Sharil adalah pemimpin Umno pertama yang disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari berkempen di Sabah.

Sebelum ini, seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno dikatakan dikuarantin selepas positif Covid-19 namun Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata perkara itu masih belum disahkan lagi. -Malaysiapost