Kenyataan Anwar: Kita harus tunggu -Tun M

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat perlu menunggu adakah dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu benar atau tidak.

Katanya, ini bukan kali pertama Presiden PKR itu menyatakan bahawa dia mendapat sokongan ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

“Kita harus menunggu untuk melihat apakah ini adalah satu lagi episod membuat tuntutan yang tidak dapat dibuktikan,” katanya seperti di lapor The Edge Singapore.

Terdahulu, Anwar mendakwa memiliki sokongan kukuh dan menyakinkan daripada majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.

Beliau berkata, sokongan diterimanya adalah daripada pelbagai parti malah majoriti sokongan diterimanya adalah di kalangan Ahli Parlimen Melayu.

Anwar mendakwa sokongan diterimanya bukanlah majoriti mudah sebaliknya majoriti konklusif yang kukuh. -Malaysiapost