Muhammad Mustakim Ramli
MCA beranggapan tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat seolah-olah mensabotaj negara, yang ketika ini sedang sibuk meyakinkan pelabur untuk memulihkan semula ekonomi negara
Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong, berkata ini dapat dibuktikan apabila sejurus beliau membuat pengumuman tersebut, KLCI jatuh 10.5 mata.
“Anwar kembali menggunakan taktik lamanya. Dulu, dia juga pernah mendakwa kononnya mendapat sokongan 30 Ahli Parlimen dan akan menuju ke Putrajaya pada 16 September 2008.
“Namun tiada apa yang berlaku. Ketika bercakap kepada pemberita tengahari tadi, beliau dilihat mengelak daripada menyentuh tentang jumlah nombor atau bilangan Ahli Parlimen yang bersama dengannya,” katanya.
Ka Siong berkata, atas kapasiti Presiden MCA, beliau menegaskan bahawa pendirian MCA adalah jelas bahawa MCA masih teguh berdiri bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Di bawah kepimpinan beliau, kerajaan dapat terus berfungsi dengan baik dan berjaya berhadapan pandemik Covid-19 sejak enam bulan lalu.
“Dalam masa sama, kita dapat memulihkan semula ekonomi negara ketika waktu sukar yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
“Sebagai seorang pemimpin politik senior, Anwar sepatutnya lebih bertanggungjawab. Kestabilan negara jauh lebih penting berbanding mengejar cita-cita untuk menjadi PM,” katanya. -Malaysiapost

![±M³XÃQ®a²» ¡]°OªÌ¡G§d¹Å¶² - Äá¼v¡GªLªl¤t¡^](https://mp.createportal.com/wp-content/uploads/2020/09/wee-ka-siong.jpg)