Zalimnya engkau ni…

0
2

Fitri Nizam

TAK berhati perut! Itu ungkapan yang paling sesuai diberikan kepada seorang lelaki yang menghempas seekor kucing hanya kerana haiwan itu duduk di atas keretanya.

Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Rejang, Setapak, Kuala Lumpur.

Aksi lelaki terbabit dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai serbaneka berkenaan.

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, pemilik kucing berkenaan sudah menghantar haiwan peliharaannya itu ke veteriner untuk rawatan.

“Pemilik haiwan peliharaan juga adalah dinasihat tidak membebaskan haiwan peliharaan ke kawasan berisiko tinggi yang terdedah kepada bahaya.

“Ini kerana pemilik juga boleh dipersalahkan sekiranya insiden buruk berlaku kepada haiwan peliharaannya,” kata persatuan itu menerusi laman Facebook, hari ini.

Menurut persatuan itu lagi, kucing berkenaan sedang dirawat akibat kecederaan dihadapinya.

“Semoga keadilan dapat diberikan kepada kucing itu,” katanya. -Malaysiapost